Terima kasih.
Warisan budaya Melayu
Bila aku mendapat berita Siti Nurhaliza bakal membuat persembahan di NUS University Cultural Centre pada 3 September ini, aku mula tertanya2 -- Mengapa Warisan Budaya Johor, dan bukan Warisan Budaya Melayu Singapura? Suatu ketika dulu, kita pernah mengadakan Festival Kebudayaan berbilang kaum di sini. Pada setiap tahun kita ada Bulan Budaya Cina, India, Melayu dan kaum2 lain. Tapi terus menjadi senyap begitu saja. Apakah sebabnya?
Sewaktu pelancaran Festival Budaya Melayu Singapura lebih kurang 17 tahun yang lalu (waktu tu aku masih berada di darjah enam), pembukaan rasmi Bulan Budaya Melayu telah diadakan secara besar-besaran di Marina Bay. Ramai artis tempatan dan luar negara mengambil bahagian. Kita ada Pak Wahid Satay, Puan Kartina Dahari dan juga penghibur undangan dari Indonesia, Endang S Taurina. Waktu tu aku memang cukup kagum dengan bakat2 yang diundang, tapi aku dah lupa siapa lagi yang buat persembahan pada malam tersebut.
Aku sebenarnya berasa amat bangga dengan pencapaian masyarakat kita dimana biarpun kita adalah kaum minoriti di negara ini, tapi budaya kita tetap terperap dalam jiwa dan masih kukuh dan utuh. Rasanya setakat ini, cara Singapura menangani masalah untuk mengekalkan warisan budaya kita memang patut dipuji. Tapi cuma satu saja yang kurang - aktiviti2 warisan budaya kita yang masih tidak menampakkan kesungguhan yang boleh membuka mata kaum2 lain di Singapura.
Aku masih ingat lagi pada suatu ketika dulu... Aku pernah menjadi sebahagian daripada kumpulan penari kebudayaan di salah sebuah hotel terkemuka di daerah City Hall. Kumpulan kami membuat persembahan khas untuk pelancong2 yang datang ke Singapura dan khusus buat penginap2 di hotel tersebut. Sempat juga aku belajar menari tarian buluh yang berasal dari negara Thailand, tarian Portugese, dan tidak ketinggalan tarian Melayu dibawah bimbingan Cik Som Said. Aku berasa amat bangga dapat pelajari tarian2 budaya lain, selain tarian budaya kita sendiri yang sememangnya telah menjadi sebahagian daripada darah dagingku.
Tapi sayang seribu kali sayang. Kerana wabak penyakit SARS yang pernah suatu ketika dulu menyerang negara2 rantau ini, menyebabkan kontrak untuk meneruskan kegiatan kebudayaan ini terpaksa dihentikan secara mendadak. Ini kerana kedatangan pelancong ke sini semakin berkurangan pada waktu itu ekoran SARS, dan meneruskan kegiatan ini adalah satu kerugian buat hotel yang menjadi tulang-belakang kejayaan kumpulan kami. Apa nak buat. Dah takde rezeki, bisik hati kecilku.
Tapi aku tidak berasa kecewa dengan keputusan yang diambil oleh pihak hotel berkenaan. Biar tidak membuat persembahan, hati ini masih cekal untuk meneruskan kegiatan seni yang sempat untuk dilakukan jika tiada aral melintang. Bagaimanapun, untuk mencari kesempatan adalah sedikit sukar kerana kegiatan seni yang suatu ketika dulu amatlah "hangat" di negara ini, menjadi dingin dan hampir bernoktah. Tapi aku tidak berputusa asa. InsyaAllah, jika ada kesempatan, aku akan cuba teruskan bidang yang amat aku minati dan sesungguhnya mencabar ini.

Mengenai Konsert Extravaganza Seni Warisan Johor Siti Nurhaliza yang akan berlangsung September ini, aku akan cuba luangkan sedikit masa dan wang untuk menyaksikan betapa kayanya seni warisan Melayu yang menjadi zaman-berzaman. Biar bukan berasal dari negara sendiri, warisan budaya Melayu kita tidak akan berubah walau berapa lama dan dimana jua sekalipun. Hanya kita sendiri yang boleh mewarisinya hingga ke akhir zaman.
Bak kata Allahyarham Tan Sri P Ramlee semasa hayatnya: "Takkan Melayu hilang di dunia".

|
| Isketambola July 29, 2005 11:47 PM PDT OI SALAH DIALOG LAAA...... SETAHU SAYE BUKAN SI P RAMLEE TAU YANG CAKAP CAM TU.... TAPI SI HANG TUAH LAA.... APE JER ASAL BOLEH HEMBOS JER... ANYWAY HIDOP MELAYU!!!!!!!!!!! | ||
| Leave a Comment: |
|
| Previous Entry | Home | Next Entry |