WELCOME










Blog baru dan lebih segar telah siap sepenuhnya. Sila ke lelaman baru untuk mengikutinya.
Terima kasih.




Tuesday, July 05, 2005

Kisah Siti & wanita Arab

Al-kisahnya ada sebuah cerita nun jauh dari negara timur tengah... Ini bukanlah sebuah cerita Aladdin, ataupun kisah dongeng Ali Baba & 40 Orang Penyamun. Tapi kisah yang ingin aku ceritakan ini telah disampaikan oleh seorang rakan setugas yang baru sahaja pulang dari menunaikan ibadah umrah beberapa minggu yang lalu.

Pada mulanya aku sangkakan beliau ingin ceritakan kepadaku kisah2 aneh yang berlaku ketika beliau mengerjakan ibadah. Tapi sangkaanku meleset.  Ia sebaliknya mengisahkan tentang seorang penghibur Asia yang beliau tidak sangka begitu dikenali di negara yang kaya dengan sejarah tamadun Islam itu.  Siapa lagi kalau bukan Siti Nurhaliza!~

Rakan setugas yang aku maksudkan ini tidak meminati Siti langsung, apatah lagi membeli album2 yang pernah Siti hasilkan.  Cuma sekadar membaca kisah Siti di dada2 akhbar dan majalah2 hiburan yang beliau beli atau "sewa" dari rakan2nya. Semasa berada di Tanah Suci Mekah, beliau agak terkejut kerana didatangi beberapa wanita Arab yang bertanyakan sama ada rakan setugasku ini "berasal dari negara Siti Nurhaliza".

Cuba bayangkan riak wajah rakanku ini (memandangkan dia tidak meminati Siti), apabila mendengar nama Siti disebut2 bagaikan sudah terkenal di negara timur tengah itu.  Yang lebih memeranjatkan beliau lagi ialah apabila salah seorang daripada wanita Arab itu menunjukkan klip video Siti yang telah dimuat-turun (download) ke telefon bimbit yang sedang digenggam si wanita Arab itu! hehe.... terkejut berok rakanku bila melihatnya.... sampaikan dia berkata dalam hati: "Popular sangat ke Siti ni...sampaikan orang Arab pun minat kat dia...?"

Aku hanya tersenyum sinis setelah mendengar "pengalaman" beliau, seraya berkata: "So, you're coming for her concert this 20th July?"



P/s: I know, I know. Another Siti-related entry (again).  But what to do? Her concert in just round the corner. Be prepared to read more of her stories right here in this blog. LOL!!~ ;)


Some rights reserved. Do not copy without permission from the owner.
| Comment (1) | |






Next Page

Archives

<< July 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02
03 04 05 06 07 08 09
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31






This blog is best viewed on a 1024 x 768 resolution screen.

All contents prepared, and conjured by Auramustika unless otherwise noted.

All Rights Reserved 2005~2006