Terima kasih.
Pengganasan atas nama Islam --- Bila ia akan berakhir?
Sejak beberapa hari yang lalu cuaca agak dingin. Keadaan persekitaran semakin membimbangkan. Aku berasa agak pelik dengan perubahan keadaan seumpama ini yang diluar dugaan. Sana-sini berlaku kekecohan. Dunia pengganasan semakin meluas. Dan semakin banyak nyawa yang tidak berdosa menjadi korban. Kesengsaraan hidup semakin tinggi dan berlanjutan...Beginilah keadaan dunia yang kita takluki pada hari ini... yang penuh dengan misteri dan tanda tanya...
Aku berasa amat risau dengan keadaan dunia yang sepatutnya aman menjadi terganggu dengan kewujudan pengganas yang menggunakan nama Islam sebagai pembakar semangat. Apakah dunia semakin menghampiri ke hujungnya? Membaca berita di dada2 akhbar tentang pengganasan yang berlaku atas dasar nama Islam memang amat membimbangkan. Apakah kita yang berada di kota "selamat" Singapura ini, akan benar2 merasa selamat dari segala keganasan yang kita belum pasti akan berlaku?

Bagaimana pula dengan keluarga kita? Anak2 kita. Sanak-saudara. Sahabat-handai, serta mereka2 yang terdekat dengan diri kita? Apakah mereka akan menjadi korban kejalangan pengganas2 yang tidak bertanggungjawab ini? Sampai bila keganasan ini akan berterusan? Hanya Allah yang Maha Mengetahui atas segala-galanya. Walaupun di Singapura, kita dijamin dengan keselamatan yang tidak pernah rakyat di negara lain merasakan, tapi aku tetap berasa risau dengan keadaan yang berlaku di sekeliling kita.
Tapi aku serahkan keadaan pada takdir, kerana aku turut rasa "kehilangan" bila aku membaca berita tentang manusia2 yang tidak berdosa menjadi korban. Tapi ini semua berlaku atas kehendakNya. Manusia tidak boleh lari takdir. Dan tidak mampu bersembunyi dari dunia realiti hari ini. Apa yang mampu aku lakukan hanyalah memanjat doa keatasNya agar semua yang berlaku ada hikmahnya, dan agar dunia menjadi lebih aman dan damai senantiasa. Insya'Allah.
Al-fatehah buat mereka yang menjadi mangsa pengganasan.

| Comments (3) | Permalink |
| Next Page |