WELCOME










Blog baru dan lebih segar telah siap sepenuhnya. Sila ke lelaman baru untuk mengikutinya.
Terima kasih.




Tuesday, July 19, 2005

Meet the Siti Zonersİ

Bak dari cebisan senikata lagu "Ku Menunggu" dari album Prasasti Seni, aku bagaikan menunggu sekian lama untuk menyaksikan Siti beraksi sekali lagi secara "live" bukan di Kuala Lumpur, tapi di Stadium Tertutup Kallang! Setelah menyaksikan kehebatan Siti membuat persembahan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, pada Ogos 2004, aku bagaikan rasa tidak puas dan ingin terus berhibur bersama Siti serta para pemuzik yang mengiringi persembahan bertahap kelas satu itu.

Bagaimanapun, tanggal 20hb Julai bagaikan mimpi jadi kenyataan. Sekali lagi aku, serta para peminat Siti dari Singapura, Malaysia, Indonesia serta seorang peminat setia yang sanggup terbang dari kota London, sama2 berkumpul untuk menceriakan suasana pada malam esok.  Kami yang menggelarkan diri sebagai the Siti Zonersİ (hakcipta terpelihara beb...), telah sepakat untuk sama2 mengenakan t-shirt seragam untuk memeriahkan lagi acara konsert pada malam itu. Warna apa...kena tunggu dan lihat buat mereka yang akan ke stadium... kasi suspense kejap... :P

Dalam pada itu, lelaman SISTIC menunjukkan penjualan tiket konsert Siti Live 2005 amat memberangsangkan, dan kebanyakannya "sold out".  Aku juga mendapat tahu, pada saat2 akhir, harga tiket telah dijual dengan potongan harga 50 peratus (seperti yang terjadi di Konsert Royal Albert Hall, London pada 1 April lalu). Tapi penjualan tiket yang kononnya lembab, tidak penting bagi aku. Apa yang pasti, aku terhibur pada malam esok. Tunggu jer lah kalau2 ada seorang dato' yang sudi membeli kesemua tiket yang tidak terjual dan "disedekahkan" kepada mereka2 yang sanggup menunggu di luar pintu masuk stadium....lol ;) Itupun pernah terjadi masa kat London dulu.

Selain itu, dari sumber yang boleh aku percayai, persembahan Siti di Singapura ada banyak persamaan dengan konsert di London dulu, tapi kali ini, Siti akan cuba buat sedikit perubahan. Perubahan apa yang bakal dibuat kita kena tunggu dan lihat. Siti juga akan sampaikan sebuah lagu Mandarin yang pernah dipopularkan oleh Stephanie Sun. Foo-yo!! Mesti best kalau Siti dapat sampaikan lagu Stephanie dengan gayanya yang tersendiri.

Anyway, aku dah tak sabar untuk berjumpa dengan Siti Zoners yang lain pada tengah hari esok, dan berkumpul di Pulau Sentosa sebelum ramai2 ke Stadium Kallang dengan menaiki sebuah bas khas. Aku amat berharap dan turut berdoa agar konsert tersebut menempah kejayaan seperti di London, dan mampu memberikan aku serta penonton2 yang lain kenangan manis yang tidak dapat kami lupakan...

...dan buat mereka yang tidak dapat hadir sama pada malam esok (dengan alasan berat hati untuk keluarkan duit untuk tonton Siti...atau yang lazimnya kepenatan kerana terpaksa berkerja pada hari Khamis...ataupun mereka2 yang memang anti-Siti dan benci melihat kejayaan Siti), aku akan cuba siapkan laporan khas untuk dimuatkan di blog ini. 

Itupun kalau aku berjaya melupakan buat seketika, kemerduan suara emas Mak Iti Kuala Lipih...yang bakal bermain dikotak kepalaku ini sebaik saja aku melangkah keluar dari pintu stadium.... fuuuhh....feeling, beb....


Some rights reserved. Do not copy without permission from the owner.
| Comments (3) | |






Next Page

Archives

<< July 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02
03 04 05 06 07 08 09
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31






This blog is best viewed on a 1024 x 768 resolution screen.

All contents prepared, and conjured by Auramustika unless otherwise noted.

All Rights Reserved 2005~2006