WELCOME










Blog baru dan lebih segar telah siap sepenuhnya. Sila ke lelaman baru untuk mengikutinya.
Terima kasih.




Thursday, July 21, 2005

Siti Nurhaliza Live 2005


"Bisikan sang bayu membawa perkhabaran...
Dongengan yang sama... dicanang berulang...
Mengapakah diri dijadikan sasaran...
Sekilas pandangan... pelbagai andaian...
Sungguh terkilan
..."


Dengan alunan suara yang memukau, dan membuat bulu romaku meremang bila Siti mengalunkan Dialah Dihati secara akapella sewaktu pembukaan konsert, aku sudah dapat menganggak, malam penuh erti itu tidak akan dapat aku lupakan hingga ke akhir hayat.  Malam yang penuh emosi, gelak-ketawa dengan gurauan manja Siti yang bersahaja, serta gerak-tari yang lembut bak sutera, membuatkan konsert "live" yang buat julung-julung kalinya diadakan di Singapura, menjadikan suatu pengalaman menarik buat mereka yang menghadirkan diri di Stadium Tertutup Kallang.

Apa yang Siti persembahkan pada malam itu amatlah berbeza dengan konsert-konsert yang pernah diadakannya sebelum ini. Dengan sususan muzik yang baru dan lebih menyegarkan oleh produser berkaliber Roslan Aziz, ia menampakkan betapa Siti Nurhaliza sudah cukup berbeza dari segi ketrampilannya sebagai seorang artis tersohor. Lari segala tanggapan bahawa Siti masih ditakuk lama!

Dengan berbekalkan semangat, kematangan serta kecenderungan Siti dalam menrealisasikan impiannya untuk menjadikan konsert replika dari Kota London itu sebagai salah satu pengalaman manis dalam karier seninya, aku berpendapat, konsert ini telah berjaya mencapai matlamatnya sebagai salah satu konsert yang lengkap dari pelbagai sudut dan aspek, biarpun hanya kurang dua puluh lagu yang dipersembahkannya pada malam itu.

Keindahan sususan muzik baru ala muzik dunia (world music) bagi Ku Milikmu, misalnya, telah menampakkan ketulusan Siti untuk membuat satu perubahan yang ketara dalam industri muzik Melayu secara keseluruhannya. Turut menarik perhatianku adalah sususan lagu2 pop yang Siti sampaikan pada malam itu seperti Debaran Cinta dan Lagu Rindu.

Gimik Siti untuk segmen tradisional membuatkan hatiku berdebar2 menantikan persembahan hasil nukilan Pak Ngah, serta kemunculan Swara dan penari2 tradisional dari Yayasan Warisan Johor. Dengan alunan suara merdu Siti menyampaikan Badarsila, sususan muzik yang menggabungkan irama ethnik dan pop, walaupun ia tidak lari dari konsep asal lagu tersebut, adalah yang terbaik yang pernah dihasilkan untuk Siti setakat ini.

Dengan gerak-tari yang mempersona dan menarik, Pak Ngah berjaya membangkitkan suasana gamat stadium dan membuat ramai penonton menari dan bergelek. Aku menjadi terpaku seketika apabila Siti berjaya memukau penonton dengan lagu Nirmala yang berjaya dibawanya tanpa ada cacat-cela dari segi apapun. Sememangnya lagu-lagu tradisional memang amat serasi dengan jiwa Siti dan lebih 6,000 penonton yang memenuhi ruang stadium pada malam itu.

Konsert tidak akan lengkap tanpa menikmati alunan muzik balada yang menjadi trademark Siti sejak bergelar penyanyi. Dengan lagu pembukaan Jerat Percintaan, diikuti pula dengan Purnama Merindu dan Kau Kekasihku, aku hanya mampu mendiamkan diri sambil 'beradu dalam khayalan' dengan pukulan vokal Siti yang amat luar biasa. Sememangnya lagu2 tersebut yang dibawakannya secara medley, boleh membuatkan mereka yang bergelut dalam dunia percintaan mengalirkan air mata.

Selain menghibur, Siti kini semakin matang dari segi komunikasinya bersama penonton. Dia tidak lagi segan-silu untuk bergurau-senda dan mengusik para peminat dan pemuzik2 yang mengiringi persembahannya pada malam itu. Pak Ngah juga tidak terlepas diusik Siti semasa segmen tradisional. Tanggapan penonton yang kononnya pernah menganggap Siti sebagai "penyanyi tungkul kayu" suatu ketika dulu, lenyap dalam sekelip mata setelah menyaksikan persembahan Siti yang mantap dan sememangnya unggul.

Walaupun ramai yang masih tidak berasa puas dengan lagu2 yang Siti persembahkan pada malam itu, Siti tidak berhenti setakat lagu Seindah Biasa - lagu penutup yang menjadi kebiasaan untuk mengakhiri mana2 persembahannya. Ramai yang mula berlari keluar dari stadium sebaik sahaja Siti mengucapkan "terima kasih" kepada penonton dan terus masuk ke belakang pentas bersama band pengiring. Tapi mereka2 yang sudahpun ada di luar stadium tidak sedar betapa Siti memang pandai bergimik semasa membuat konsert. Siti muncul sekali lagi sambil memperkenalkan kesemua anggota pemuzik yang mengiringi persembahannya, sebelum mengakhiri malam yang penuh bersejarah itu dengan lagu wajib, Percayalah dan Cindai...



MORE on Siti's concert...

For Concert pictures, click here.
For Sentosa pictures, click here.
The above courtesy of Putera Emas.

More story and pictures, click: Jazz's Bloggy.

Concert review in English by Duan: Click here.



Some rights reserved. Do not copy without permission from the owner.
| Comments (7) | |






Next Page

Archives

<< July 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02
03 04 05 06 07 08 09
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31






This blog is best viewed on a 1024 x 768 resolution screen.

All contents prepared, and conjured by Auramustika unless otherwise noted.

All Rights Reserved 2005~2006