Terima kasih.
Kisah Ayah Pin
Membaca kisah Ayah Pin - seorang tua yang berusia 65 tahun, yang mendakwa dirinya sebagai tuhan sekelian (alam?) agama membuat aku tergelak dan semacam tidak percaya betapa dunia moden hari ini mempunyai cerita dongeng ala ala Harry Porter. Akan aku terangkan mengapa aku berkata demikian.
Berbalik kepada kisah Ayah Pin, aku cuba bayangkan bagaimana Ayah Pin begitu berkuasa hingga dapat duduk semeja sambil berborak dengan Rasulullah serta Malaikat Jibrail seperti yang didakwanya.... Kelakar seram pulak dibuatnya. Apatah lagi para pengikut Ayah Pin tidak perlu bersolat dan menunaikan ibadah puasa. Pelik tapi benar...Dan satu lagi, mereka mendakwa 'tuhan sentiasa bersama2 dengan mereka' walau dimana mereka berada. Dan tuhan yang dimaksudkan itu adalah Ayah Pin sendiri!! Fuuuh... hebat sungguh dakwaan si anu ni.... Tak takut mati ke? --- hatiku tersentak memikirkannya.
Wartawan sendiri berasa bingung apabila melihat Ayah Pin tidak ubah seperti orang kampung biasa - berselipar buruk, berkemeja-T berkolar, bertopi serta bergelang emas di pergelangan tangan kanannya... Ni tuhan ke tok dukun? hehe... Lain macam jer sense of fashionnya. Aku bukan ingin menghina, tapi aku sangkakan Ayah Pin seperti karektor2 yang pernah aku baca dalam buku2 fantasi. Ialah...macam... ada cahaya kekuningan di belakangnya, matanya yang bersinar macam makhluk asing, ataupun tidak berkaki tapi bersayap, dan berterbangan ibarat pari2....
Pada mulanya aku tidak mengambil peduli kisah2 yang memaparkan "keunikan" Ayah Pin di mata lebih kurang 150 pengikutnya di Batu 13, Besut, Terengganu. Tapi, oleh kerana telah pun dipaparkan kisah beliau di akhbar Berita Minggu, aku cuba membelek2 rencana yang ditulis oleh wartawan Farid Hamzah yang sempat meninjau keadaan tempat tinggal Ayah Pin serta para pengikut setianya.
Aku tidak mengambil endah apa yang ditulis pada peringkat awalnya, tapi apa yang menarik perhatianku adalah beberapa gambar struktur2 gergasi yang dipaparkan - dah macam sebuah resort yang tidak pernah diketahui umum selama ini. Dahsyat bunyinya...Tapi itulah hakikat sebenar yang ada di markas atau perkampungan Kerajaan Langit yang diteraju oleh Ayah Pin.
Aku mula membaca perenggan demi perenggan laporan yang ditulis. Semakin aku teruskan, semakin seronok, kerana aku seperti membaca skrip filem2 fantasi Melayu lama seperti Jula Juli Bintang Tujuh, Puteri Gunung Banang ataupun filem Panca Delima, yang telah memperkenalkan Dato' Jins Samsuddin ke layar perak pada tahun 1950-an dulu... Ada teko gergasi setinggi 10 meter, ada payung rasaksa, ada telaga berisi air kuning, struktur bulan sabit, dan juga sebuah menara yang melambangkan empat kitab (Injil, Zabur, Tauran & Al-Quran).

Struktur bulan sabit yang terdapat
di markas Kerajaan Langit
di markas Kerajaan Langit

Teko gergasi setinggi 10 meter ini
menjadi kemegahan Ayah Pin
dan para pengikutnya
menjadi kemegahan Ayah Pin
dan para pengikutnya
Berbalik kepada kisah Ayah Pin, aku cuba bayangkan bagaimana Ayah Pin begitu berkuasa hingga dapat duduk semeja sambil berborak dengan Rasulullah serta Malaikat Jibrail seperti yang didakwanya.... Kelakar seram pulak dibuatnya. Apatah lagi para pengikut Ayah Pin tidak perlu bersolat dan menunaikan ibadah puasa. Pelik tapi benar...Dan satu lagi, mereka mendakwa 'tuhan sentiasa bersama2 dengan mereka' walau dimana mereka berada. Dan tuhan yang dimaksudkan itu adalah Ayah Pin sendiri!! Fuuuh... hebat sungguh dakwaan si anu ni.... Tak takut mati ke? --- hatiku tersentak memikirkannya.
Wartawan sendiri berasa bingung apabila melihat Ayah Pin tidak ubah seperti orang kampung biasa - berselipar buruk, berkemeja-T berkolar, bertopi serta bergelang emas di pergelangan tangan kanannya... Ni tuhan ke tok dukun? hehe... Lain macam jer sense of fashionnya. Aku bukan ingin menghina, tapi aku sangkakan Ayah Pin seperti karektor2 yang pernah aku baca dalam buku2 fantasi. Ialah...macam... ada cahaya kekuningan di belakangnya, matanya yang bersinar macam makhluk asing, ataupun tidak berkaki tapi bersayap, dan berterbangan ibarat pari2....
Aku mula bercerita dengan orang tuaku tentang Ayah Pin, dan mereka juga berpendapat ini adalah sebahagian daripada ajaran yang melanggar akidah Islam yang paling ketara abad ini, dan perlu dikikiskan dengan segera. Tapi aku kurang pasti sudah berapa lama Kerajaan Langit beroperasi dan memperdaya ramai manusia yang tidak sepatutnya bergelumang dengan keadaan sebegini rupa.
Aku masih tertanya2 apakah yang sebenarnya berlaku di sebalik kewujudan insan yang bernama Ayah Pin? Adakah dia tidak siuman, ataupun sekadar ingin menarik perhatian umum? Dan bagaimana pula timbul kejadian bertemu empat mata dengan "Rasulullah" dan "Malaikat Jibrail"? Atau... Ayah Pin sekadar ingin menjadi seperti penulis buku Harry Porter, J.K. Rowling, tapi dalam versinya sendiri? Aku sendiri kurang pasti akan jawapan2nya.
Bagaimanapun, tidak mustahil sekiranya aku bakal menjadi orang yang pertama menemui sebuah buku berbahasa Melayu yang bertajuk: "Hairi Potek dan Teko Gergasinya" oleh Ayah Pin. How about that?~

| Comments (8) | Permalink |
| Next Page |